Pastikan Anda Meraih Saham Akhirat yang Pahala Berterusan Dengan Berwaqaf

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah

Bertambah rezeki dan mendapat keberkatan.

Pahala berterusan apabila wakaf ini telah dimanfaatkan

Menjadi seorang hamba yang bersyukur.

jom berwakaf madrasah

Senarai Wakaf bersama MTAJ

Lot Waqaf Pembangunan MTAJ

Maahad Tahfiz Al Jauhar ( MTAJ ) Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor kini sedang dalam proses untuk menambak tanah bagi tapak projek pembinaan kompleks akademik yang baru.

Lot lot wakaf boleh dibeli dgn harga RM100.00 satu lot dan sebanyak 40,000 lot ditawarkan utk diwakafkan. Jemputlah seramai mungkin saudara mara dan kenalan untuk bersama menjadi pewakaf.

Proses sekarang adalah menambak tanah sehingga mampat dan membuat perparitan dan membina jalan masuk untuk jentera berat. Proses ini akan mengambil masa beberapa bulan bagi memastikan tanah ini betul2 kuat sebelum jentera berat masuk bagi kerja-kerja seterusnya.

Proses ini juga adalah peluang untuk tuan puan berwakaf tanah kekal yang akan menjadi tapak asas bagi pembinaan bangunan ini.

 

Wakaf Naik Taraf Surau MTAJ

‎"Panas, kurang selesa dan sempit". Inilah situasi terkini di Surau Maahad Tahfiz Al-Jauhar terutama ketika ada penganjuran Majlis Ilmu.

Penambahan pelajar yang kian ramai saban tahun membuatkan surau tempat mereka beribadah dan menghabiskan masa hampir separuh hari makin tidak selesa.

Maahad Tahfiz Al-Jauhar ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menaik taraf Surau MTAJ.

Wakaf Pengangkutan MTAJ

Maahad Tahfiz Al-Jauhar masih memerlukan  van atau bas bagi menggantikan van / bas sedia ada yang kerap rosak dan uzur.

Pengangkutan amat perlu untuk membawa pelajar dari asrama ke kelas dan juga aktiviti luar.

Maahad Tahfiz Al-Jauhar ingin mengajak anda semua untuk rebut peluang BERWAKAF yang pastinya dapat menggandakan lagi saham akhirat kita.

RUKUN-RUKUN WAKAF

  • Al-wakif iaitu pihak yang mewakafkan harta sama ada individu ataupun organisasi.
  • Al-mauquf ‘alaih iaitu pihak yang diwakafkan kepadanya harta atau pihak yang menerima manfaat wakaf tersebut.
  • Al-mauquf iaitu harta yang diwakafkan sama ada harta alih atau harta tidak alih.
  • Sighah iaitu lafaz yang digunakan oleh pewakaf bagi mewakafkan harta tersebut.
telaga rumah Saidina Uthman Ibn ‘Affan RA wakaf
telaga rumah Saidina Uthman Ibn ‘Affan RA wakaf perigi

KEPENTINGAN DAN MANFAAT WAKAF KEPADA UMAT ISLAM

Sirah Nabi SAW ada menceritakan kisah Saidina Uthman Ibn ‘Affan RA yang mewakafkan telaga yang disebut sebagai bi’r al-Ruumah untuk kegunaan umat Islam ketika itu. Telaga tersebut dibeli oleh beliau daripada seorang Yahudi yang menghalang orang ramai dari menggunakannya dan mengenakan harga yang tinggi bagi sesiapa yang ingin mengambil air daripadanya.

Tindakan bijak Saidina Uthman merupakan suatu amalan yang memberi manfaat besar kepada umat Islam ketika itu, bahkan ada pendapat menyebut bahawa sebab turun surah al-Fajr, ayat 27-30 selepas berlakunya peristiwa ini.

Perlukan Bantuan?

Untuk membantu anda dengan lebih baik & pantas, hubungi kami dengan menekan butang Whatsapp di bawah