Soalan Lazim(FAQ)

Soalan lazim ditanyakan berkenaan Maahad Tahfiz Al-Jauhar

keluarga madrasah tahfiz al jauhar 2023

Adakah MTAJ berdaftar dengan mana-mana institusi?

Untuk makluman Tuan/ Puan, Maahad Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) merupakan sebuah Pusat Pengajian Swasta yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Berdaftar dgn Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) : MTS/KT/003
Berdaftar dgn Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) : JZH 3003

Bagaimana mendaftarkan anak saya di Maahad Tahfiz Al-Jauhar?

Tuan/ Puan boleh mendaftarkan anak anda secara online , whatsapp atau membawa anak anda temuduga ke madrasah kami.

Apakah Syarat kemasukan pelajar MTAJ?

Tahfiz Banin (Lelaki)

  • Pelajar lelaki sahaja
  • Berusia 13 hingga 16 tahun sahaja
  • Telah berhenti dari sekolah terakhir
  • Minat dalam pengajian tahfiz dan agama
  • Boleh mengikut arahan
  • Berdikari
  • Lulus temuduga

Fast-Track SPM

  • Lelaki
  • Berumur 17 tahun ke atas
  • Lulus temuduga
  • Minima hafazan 10 juzuk
  • Bersedia menyambung hafazan
  • Boleh mematuhi undang-undang madrasah
  • Minat yang tinggi untuk belajar akademik dan mengekalkan hafazan.

Tahfiz Banat (Perempuan)

1) Pelajar perempuan sahaja
2) Lulus temuduga
3) Warganegara Malaysia
4) Bersedia mematuhi segala peraturan
5) Boleh membaca Al-Quran dengan baik
6) Berumur dari 13 tahun hingga16 tahun
7) Boleh menulis dan membaca tulisan jawi
8) Mempunyai latar belakang sahsiah yang baik
9) Telah berhenti dari sekolah terakhir
10) Berminat dalam pengajian tahfiz dan agama

Bila pendaftaran baru akan dibuka?

Pendaftaran akan dibuka setahun 2 kali,di pertengahan tahun dan hujung tahun. Kemasukan 2023 masih dibuka dan boleh hubungi kami di whatsapp untuk sesi temuduga kemasukan. Sebarang makluman akan di war-warkan di page Facebook MTAJ dari semasa ke semasa.

Berapakah jumlah yuran pelajar MTAJ?

Yuran Pelajar tahfiz Lelaki MTAJ

Yuran Bulanan RM400.00

(Termasuk makan minum, asrama dll)

Jumlah Yuran Kemasukan RM 1170.00

butiran lebih lanjut seperti di gambar atas

Yuran Pelajar Fast Track SPM

Yuran Bulanan RM450.00

(Termasuk makan minum, asrama dll)

Jumlah Yuran Kemasukan RM 1345.00

butiran lebih lanjut seperti di gambar atas

Yuran Pelajar Tahfiz Perempuan MTAJ

Yuran Bulanan RM400.00

(Termasuk makan minum, asrama dll)

Jumlah Yuran Kemasukan RM 1330.00

butiran lebih lanjut seperti di gambar atas

Bagaimana cara untuk membayar yuran pelajar MTAJ?

Mulai tahun 2021, yuran pelajaran pelajar boleh dibayar secara online (e-MTAJ) dan kami amat menggalakkan kaedah online. Kaedah pembayaran secara tunai ke pejabat MTAJ seperti sebelum ini juga masih boleh diguna pakai.
e-MTAJ membantu ibu-bapa dalam :
1. Pembayaran yuran bulanan
2. Pembayaran duit koperasi
3. Semakan prestasi pembelajaran anak-anak
Ibu bapa perlu membaca dan memahami tentang langkah-langkah penggunaan sistem e-MTAJ dalam PDF yang diberikan di bawah

Perlukan Bantuan?

Untuk membantu anda dengan lebih baik & pantas, hubungi kami dengan menekan butang Whatsapp di bawah