Profil

Pengenalan2018-09-18T12:13:40+00:00

Pengenalan

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar telah ditubuhkan pada 06 Jun 2011 hasil perbincangan dan kesungguhan beberapa orang penaja Madrasah ini dan telah mempertemukan dengan Tuan Haji Sheikh Fahmi bin Hj Kassim yang telah menyampaikan hasrat almarhum ayahandanya untuk mewaqafkan tanah di Lot 1512, Kampung Lukut untuk dijadikan sebuah Madrasah. Rentetan daripada itu, perbincangan demi perbincangan telah disepakati oleh wakil pewaqaf unutk mewaqafkan tanah ini kepada tiga orang pemegang amanah yang turut dibantu oleh suatu jawatankuasa yang disebut sebagai; Ahli Lembaga Jemaah Pengurusan Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, dengan maksud untuk mendirikan sebuah Madrasah dan diberi nama Madrasah Tahfiz Al-Jauhar.

Pembangunan mula dijalankan diatas tanah ini dengan membangunkan asrama pelajar, dewan makan, surau dan kemudahan-kemudahan lain sehingga terbinanya Madrasah ini seperti sekarang. Pengambilan pelajar turut melalui fasa demi fasa bermula dari tujuh orang pelajar perintis sehingga hari ini mencecah 100 orang pelajar dalam tempoh dua tahun penubuhannya. Pada 01-01-2013 mesyuarat Pemegang Amanah setelah  berpuas hati dengan perkembangan Madrasah ini dari sudut pengambilan pelajar, pengurusan dan pentadbiran serta urusan pembangunan dan insrastruktur di bawah pimpinan Mantan Mudir ketika itu Al-Fadhil Ustaz Hj Muhamad Fairus Bin Ali Akhbar untuk memulakan proses pendaftaran Madrasah ini dengan Bahagian Pendidikan Agama, Jabatan Agama Islam, Johor.

Madrasah ini kini berada dalam landasannya di bawah pimpinan Mudir baru mulai 2016 Ustaz Mohammad Afdhaluddin bin Ismail untuk terus membawa halatuju madrasah sebagai tempat melahirkan para hafiz yang bertaqwa dan akan berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara. Madrasahini sudah barang tentu tidak dapat terbangun tanpa kerjasama yang padu, bantuan orang ramai, jabatan kerajaan, syarikat swasta atau oranhg perseorangan yang sentiasa membantu samada dalam bentuk sokongan moral atau kewangan. Semoga dengan jariah yang dilakukan oleh semua yang telah terlibat atau akan terlibat dalam membangun Madrasah ini akan mendapat pengampunan Allah serta keredhaanNya.