Fasiliti MTAJ

Kami berusaha untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti, mencipta kejayaan anda dengan kemudahan pembelajaran dan pengetahuan ilmu Al-Quran.

Kelas Fast Track SPM
Asrama Pelajar
Dewan Makan
Kelas Tahfiz
Dewan Terbuka
Makmal Komputer
Surau
Court Futsal & Badminton
Mesin Air Coway
Proses Naiktaraf Bangunan

Pembinaan kompleks akademik baru

Maahad Tahfiz Al Jauhar ( MTAJ ) Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor kini sedang dalam proses untuk menambak tanah bagi tapak projek pembinaan kompleks akademik yang baru.

Lot lot wakaf boleh dibeli dgn harga RM100.00 satu lot dan sebanyak 40,000 lot ditawarkan utk diwakafkan. Jemputlah seramai mungkin saudara mara dan kenalan untuk bersama menjadi pewakaf.

Proses sekarang adalah menambak tanah sehingga mampat dan membuat perparitan dan membina jalan masuk untuk jentera berat. Proses ini akan mengambil masa beberapa bulan bagi memastikan tanah ini betul2 kuat sebelum jentera berat masuk bagi kerja-kerja seterusnya.

Proses ini juga adalah peluang untuk tuan puan berwakaf tanah kekal yang akan menjadi tapak asas bagi pembinaan bangunan ini.

Perlukan Bantuan?

Untuk membantu anda dengan lebih baik & pantas, hubungi kami dengan menekan butang Whatsapp di bawah