Pengenalan Unit Tahfiz

Tempoh pengajian tahfiz di MTAJ adalah berbeza mengikut kemampuan seorang pelajar ketika memulakan pengajian.

Melahirkan

Huffaz Tahfiz Professional

Unit Tahfiz Maahad Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) dikuatkan dengan 8 orang guru yang masing-masing mempunyai asas pengajian Al-Quran dari Maahad Tahfiz, Sekolah Agama hingga ke peringkat tertinggi ke Universiti. Semua pelajar adalah wajib mengikut aliran tahfiz di MTAJ.

Unit Tahfiz Maahad Tahfiz Al-Jauhar menyasarkan pelajar khatam dalam tempoh 3 tahun. Ini bermakna pelajar dikehendaki menghafal 10 juzuk setahun. Tempoh pengajian tahfiz di MTAJ adalah berbeza mengikut kemampuan seorang pelajar dari dia memulakan pengajian.

nazirah iqra madrasah
Permulaan

NAZIRAH DAN IQRA

Membaca iqra` bergantung kepada penilaian asatizah. Sekiranya pelajar telah habis iqra`, asatizah akan membenarkan pelajar untuk membaca al-quran sambil melihat mushaf.

pra tahfiz madrasah
Persediaan

PRA TAHFIZ

Pelajar yang telah bersedia untuk menghafal akan dinaikkan ke kelas Pra-Tahfiz. Pelajar akan menghafal 8 surah pilihan. Tujuannya ialah untuk memastikan para pelajar mengetahui cara menghafal dan menjaga hafalan dengan baik sebelum naik ke peringkat seterusnya.

tahfiz madrasah
Mula Hafazan

TAHFIZ

Pelajar yang telah lulus imtihan mokhtar khatam 8 surah, akan dibenarkan untuk masuk ke KATEGORI TAHFIZ. Pelajar boleh memulakan hafazan mengikut juzuk. Kelas dibahagikan kepada 8 kelas dan setiap kelas mempunyai 15 – 16 orang pelajar
-1 Kelas Nazirah
-7 Kelas Tahfiz

KELEBIHAN MENGHAFAZ AL-QURAN

Bagi penghafaz al-Quran (Hamalatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :

•Ganjaran di dunia.
•Ganjaran di akhirat.

GANJARAN DI DUNIA

Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

GANJARAN DI AKHIRAT

Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Sekalung Tahniah

atas Kejayaan Tamat Hafazan 30 Juzuk di MTAJ

Pelajar tahfiz Huffaz

(Berjaya Khatam Hafazan Al-Quran)  30 Juzuk MTAJ

NO NAMA TARIKH KHATAM
1 Syauqie bin Husin 11 Okt 2017
2 Nurhan Raif bin Bakar 14 Jul 2018
3 Muhammad Fariezwan bin Abdul Aziz 06 Dis 2018
4 Muhammad Izzat bin Abu Bakar 06 Dis 2018
5 Muhammad Khairi Akmal bin Mohd Isa 06 Dis 2018
6 Farish Najmie bin Fairuddin 21 Jun 2019
7 Muhammad Zakwan bin Mohd Razel 27 Jun 2019
8 Mohamad Ameen bin Norafnidi 29 Jul 2019
9 Abdul Rahim bin Ahmad Kecil 29 Ogos 2019
10 Mohamad Nurshahmizan bin Juadi 21 Feb 2020
11 Muhammad Faris bin Md Ruzaman 09 Mac 2020
12 Mohamad Zoe Iman bin Hisham 11 Mac 2020
NO NAMA TARIKH KHATAM
13 Muhammad Saufi bin Nasim 27 Jul 2020
14 Dzul Ikram bin Ramli 31 Ogos 2020
15 Aliff Wafiyuddin bin Abddul Razzak 23 Sept 2020
16 Adam Danial bin Hazlan 06 Nov 2020
17 Ahmad Amjad Naqib bin Norazman 07 Okt 2020
18 Muhammad Yusof Qardhawi bin Mazlan 01 Dis 2020
19 Ahmad Aziq Adham bin Azhar 17 Feb 2021
20 Aliff Naufal bin Rosli 07 Jan 2022
21 Muhammad Nur Hakim bin Mohd Azam 23 Apr 2022
22 Ahmad Fathi bin Shariful Anam 28 Okt 2022
23 Julian Hasif Fathullah bin Jasmin Adam 28 Okt 2022
24 Mohamad Faizul Idham bin Mohd Zaidi 28 Okt 2022
NO NAMA TARIKH KHATAM
25 Mohamad Farid Azhad bin Mohd Khair 28 Okt 2022
26 Muhammad Subhan bin Mohamed Hashim 28 Okt 2022
27 Muhammad Zawawi bin Muhammad Nizam 28 Okt 2022
28 Murtadha bin Mohd Aripi 07 Okt 2022
29 Muhammad Adam Arif bin Mohd Asri 28 Ogos 2022
30 Muhammad Hafizuddin bin Mahazad 22 Ogos 2022
31 Muhammad Hasif bin Syamsul 07 Nov 2022
32 Muhammad Nurezman Afiq bin Mazlan 05 Jan 2023
33 Akmal Rizal bin Yusof 18 Jan 2023
34 Anis Nabila binti Mohd Hapis 08 Mac 2023
35 Wan Adif Zaki bin Wan Mahussin 05 Mei 2023
36 Zul Fadzlisham bin Kepli@Zulkepli 12 Mei 2023

Cadangan Carta Aliran Pelajaran Tahfiz

cadangan carta aliran pelajaran tahfiz mtaj
banin mtaj tahfiz

SYARAT KEMASUKAN KE MAAHAD TAHFIZ AL-JAUHAR

1) Pelajar lelaki sahaja
2) Berusia 13 hingga 16 tahun sahaja
3) Telah berhenti dari sekolah terakhir
4) Minat dalam pengajian tahfiz dan agama
5) Boleh mengikut arahan
6) Berdikari
7) Lulus temuduga

banat mtaj tahfiz

SYARAT KEMASUKAN KE MTAJ LIL-BANAT

1) Pelajar perempuan sahaja
2) Lulus temuduga
3) Warganegara Malaysia
4) Bersedia mematuhi segala peraturan
5) Boleh membaca Al-Quran dengan baik
6) Berumur dari 13 tahun hingga16 tahun
7) Boleh menulis dan membaca tulisan jawi
8) Mempunyai latar belakang sahsiah yang baik
9) Telah berhenti dari sekolah terakhir
10) Berminat dalam pengajian tahfiz dan agama

Pengenalan Unit Tahfiz Lil-Banat

Penempatan dan tempat pengajian pelajar tahfiz perempuan ini telah siap beroperasi pada Oktober tahun 2021. Sistem pembelajaran yang digunakan juga adalah sistem yang sama yang dilaksanakan di Maahad Tahfiz Al-Jauhar

MTAJ Lil-Banat

Peluang menjadi seorang hafizah.

Maahad Tahfiz Al-Jauhar Lil-Banat telah memulakan operasi di Lot 832, KM 18 Kampung Mawai Baru 81900, Kota Tinggi, Johor pada tahun 2021. Kini MTAJ Lil Banat merupakan sebuah pusat pengajian Al-Quran dan tahfiz bagi pelajar-pelajar perempuan yang kini mencecah hampir 27 orang pelajar yang berumur lingkungan dari 13 tahun hingga 17 tahun. Berkat Sokongan semua muslimin muslimat semua, seorang pelajar MTAJ Lil Banat (Anis Nabila Binti Mohd Hapis) telah berjaya khatam pada tahun 2023, Alhamdulillah.

Aktiviti Kokurikulum

Maahad Tahfiz Al-Jauhar tidak mengabaikan perancangan kokurikulum pelajar disamping menjaga hafazan pelajar. Ini adalah usaha untuk menjadikan pelajar sihat jasmani dan rohani.

Maahad Tahfiz Al-Jauhar tidak mengabaikan perancangan kokurikulum pelajar. Oleh itu, mulai tahun 2018, Maahad Tahfiz Al-Jauhar telah mengorak langkah untuk mewujudkan Unit Kokurikulum.
Antaranya penubuhan Badan Beruniform, Kelab & Persatuan, Kumpulan Qasidah, Rehlah ilmiah, Hari Keusahawanan serta mengadakan Temasya Sukan Tahunan.

Pendaftaran Tahfiz kini dibuka

Jom daftar pelajar tahfiz sesi 2023/2024 sekarang

Perlukan Bantuan?

Untuk membantu anda dengan lebih baik & pantas, hubungi kami dengan menekan butang Whatsapp di bawah