Korban Kemboja MTAJ 2023

Kiriman Qurban & Aqiqah 1444H / 2023 di Kemboja Sudah dilaksanakan sepenuhnya Alhamdulillah.

Ibadah Qurban Ibadah Dituntut dalam Islam

Alhamdulillah, Kembara Korban ke Bumi Kemboja telah diteruskan pada tahun ini 2023.

Maahad Tahfiz Al Jauhar ( MTAJ ) telah melaksanakan program ini selama 9 Tahun. Kami telah pergi sendiri dan melaksanakan amanah yang dikirim oleh tuan puan muslimin dan muslimat.

KORBAN adalah suatu ibadah yang sangat mulia. Setiap yang bergelar Islam dituntut untuk melakukan ibadah tersebut. Sebagaimana firman Allah:

Maksudnya: "Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). [Surah Al-Kauthar: ayat 2]

Mengapa Qurban Di Kemboja?

  • Populasi penduduk Islam di Kemboja  dianggarkan seramai lebih 300 000.
  • Kebanyakan mereka hidup di pedalaman dan serba kekurangan. Ada kampung yang perlu menaiki rakit, bot, motor berjam-jam baru tiba di kampung mereka.
  • Qurban anda pastinya mendatangkan keceriaan kepada mereka.
  • Anda juga membantu sosio ekonomi penduduk yang kebanyakannya membela lembu untuk dijual sebagai ternakan qurban setiap tahun.

Kelebihan Kirim Korban Kemboja bersama MTAJ

Dilaksanakan pada Hari Raya Qurban dan Hari Tasyrik.

Semua kiriman qurban akan dilaksanakan pada Hari Raya Qurban dan Hari Tasyrik.

Perlaksanaan dipantau

Perlaksanaan dipantau oleh pihak kami di Kemboja dan berlandaskan hukum syarak.

Bukti perlaksanaan telus dan dipercayai

Gambar diberikan sebagai bukti perlaksanaan dengan segera. Laporan bergambar akan disiarkan di laman web setelah program selesai.

harga,qurban,korban 2023 kemboja

Harga Korban Kemboja 2023

Qurban Lembu
1 Bahagian / RM 380.00
1 Ekor/ RM2660.00

Termasuk Upah Pengurusan

Akikah / Korban Kambing
1 Ekor/ RM800.00

Termasuk Upah Pengurusan

Untuk Akikah, Siap masak untuk kenduri.

Wakaf Perigi
RM1550/ SATU PERIGI

Kita akan bina perigi bagi rumah-rumah umat islam yang masih belum mempunyai sumber air bersih. Mereka amat memerlukannya.

Sadakah Fakir Miskin
RM50.00 / Satu Keluarga

Kita akan sediakan bahan asas makanan seperti beras, gula, minyak masak, tepung dll untuk diberikan bersama daging korban

Sedekah Telekung
RM25.00/ sepasang

Jom belanja ibu ibu di Kemboja dengan telekung baru. Sekadar utk gembirakan mereka menunaikan solah. Kalau orang tak bagi, tiada lah telekung atau baju baru utk mereka.

Sadakah Am
Terpulang berapa amaunnya. Anda boleh sumbangkan untuk diberikan kepada orang sakit, mualaf, masjid surau yg memerlukan baik pulih. Anak-anak belajar. Guru-guru agama yg mengajar tanpa gaji dll yang sangat banyak keperluan kebajikan. InsyaAllah kami laksanakan sebaiknya.

Soal Jawab Ibadah Korban

1. Apakah pengertian korban?

Ibadah korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu; 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik berikutnya iaitu; 11, 12 ,13 Zulhijjah

Penjelasan lanjut:  di dalam konteks ibadah, k orban atau qurban membawa maksud yang sama;  menyembelih binatang al-an am pada hari Raya Aidiladha atau hari-hari Tasyrik.

2. Apakah Fadilat Melaksanakan Ibadah Korban?

Ibadah korban dapat:

  • Menebus dosa yang kecil
  • Insya-Allah dapat hassanah bagi setiap bulu binatang korban
  • Mendapat kedudukan mulia di sisi Allah SWT
  • Membentuk peribadi mulia

Hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin A’isyah R.Anha, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

Riwayat al-Tirmizi (1493)

3. Apakah syarat untuk melaksanakan ibadah korban?

  • Beragama Islam

  • Baligh
  • Berakal

  • Berkemampuan
  • Merdeka (bukan golongan hamba)

4. Apakah Maksud Mampu Korban?

Mampu untuk melaksanakan ibadah korban bermaksud orang yang mempunyai lebihan duit untuk dirinya dan tanggungannya  selepas hari raya dan hari Tasyrik selepas membayar nilai korban.

Makruh sekiranya dia mampu untuk berkorban tetapi tidak melaksanakannya.

5. Apakah hukum untuk melaksanakan ibadah korban?

Hukum melaksanakannya adalah SUNAT MU’AKKADAH – iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya.

6. Apakah jenis-jenis korban wajib?

  • Korban atas dasar Wasiat yang ditinggalkan oleh si mati
  • Korban Nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat.
  • Korban Ta’yin, iaitu korban yang diniatkan ke atas binatang tertentu: Contohnya seseuatu haiwan telah diniatkan untuk dikorbankan, “Lembu itu khusus untuk korban”. Oleh itu lembu itu wajib disembelih dengan niat korban

7. Bolehkah melaksanakan ibadah korban ke atas orang meninggal dunia?

Tidak digalakkan melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh si mati.

8. Bolehkah buat satu bahagian lembu untuk satu keluarga?

Satu (1) bahagian lembu korban hanya untuk satu (1) nama peserta sahaja. Tetapi diharuskan bagi peserta itu untuk berniat (doa) sedekahkan pahala korban itu kepada ahli keluarganya yang lain.

9. Bolehkah kita buat korban untuk orang lain?

Boleh, tetapi wajib memberitahu kepada orang tersebut supaya ia berniat korban.

Contohnya: seorang anak melaksanakan ibadah korban untuk ibu bapanya yang berada di kampung. Maka ibu bapanya perlu berniat, agar ibadah korbannya menjadi sempurna

10. Adakah Saya Tidak Boleh Memotong Kuku Sekiranya Berkorban?

Bagi mereka yang berkorban, bermula 1 Zulhijjah sehinggalah dia melakukan ibadah korban, dia disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan.

Hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

Hadis Riwayat Imam Muslim (1977)

11. Lafaz niat korban yang betul?

Sebenarnya tiada bacaan khusus untuk niat korban. Malah individu yang berkorban boleh menyebutkannya di dalam hati sahaja. 

Sebagai contoh, “Sahaja aku melakukan korban sunat, kerana Allah Ta’ala”, di dalam hati.

12. Adakah perlu membuat akad perwakilan jika kirim korban di Kemboja?

Niat untuk korban ini adalah melalui aqad al-wakalah (akad mewakilkan yang lain). Selalunya dilaksanakan sewaktu menyerahkan wang untuk membeli binatang korban.

Tiada lafaz niat wakalah yang khusus. Apa yang penting adalah dalam perbualan antara wakil dan yang berkorban sudah bersetuju dengan rela dan reda.

Contoh lafaz niat korban wakil: “Saya (nama yang berkorban) telah bersetuju untuk mewakilkan tuan menguruskan korban saya pada tahun ini (tahun hijrah) kerana Allah Ta’ala”. Kemudian sewaktu penyembelihan berlaku, wakil tersebut yang akan niatkan buat pihaknya.

13. Perlukah buat korban lagi? Tahun lepas saya sudah buat?

Perlu, kerana umat islam disunatkan melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun.

14. Saya/anak saya belum diakikahkan, boleh ke laksanakan korban dulu?

Boleh. Jika sekiranya telah hampir waktu berkorban, adalah lebih baik dilaksanakan ibadah korban dahulu kerana waktu sembelihan ibadah korban hanya boleh dilakukan pada 10-13 Zulhijjah sahaja pada setiap tahun.

Manakala akikah boleh dilaksanakan bila-bila masa sepanjang tahun. Jika berkemampuan boleh dilaksanakan kedua-duanya sekali.

15. Kalau dah ada korban dalam Malaysia, kenapa nak buat juga di luar negara?

Maahad tahfiz Al-Jauhar memberi peluang kepada para peserta untuk membuat pilihan dalam melaksanakan ibadah korban samada di dalam ataupun di luar negara dengan penawaran harga perkhidmatan yang MAMPU LAKSANA demi untuk menggalakkan Umat Islam di Malaysia agar tidak terlepas daripada menyertai ibadah korban.

Perlukan Bantuan?

Untuk membantu anda dengan lebih baik & pantas, hubungi kami dengan menekan butang Whatsapp di bawah