Pengenalan Unit Tahfiz

Unit Tahfiz Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) dikuatkan dengan 8 orang guru yang masing-masing mempunyai asas pengajian Al-Quran dari Madrasah Tahfiz, Sekolah Agama hingga ke peringkat tertinggi ke Universiti. Semua pelajar adalah wajib mengikut aliran tahfiz di MTAJ.

Unit Tahfiz Madrasah Tahfiz Al-Jauhar menyasarkan pelajar khatam dalam tempoh 3 tahun. Ini bermakna pelajar dikehendaki menghafal 10 juzuk setahun. Tempoh pengajian tahfiz di MTAJ adalah berbeza mengikut kemampuan seorang pelajar dari dia memulakan pengajian.

Pelajar aliran tahfiz akan dipecahkan kepada tiga kelas:

1. NAZIRAH DAN IQRA :
Membaca iqra` bergantung kepada penilaian asatizah. Sekiranya pelajar telah habis iqra`, asatizah akan membenarkan pelajar untuk membaca al-quran sambil melihat mushaf.

2. PRA TAHFIZ :
Pelajar yang telah bersedia untuk menghafal akan dinaikkan ke kelas Pra-Tahfiz. Pelajar akan menghafal 8 surah pilihan. Tujuannya ialah untuk memastikan para pelajar mengetahui cara menghafal dan menjaga hafalan dengan baik sebelum naik ke peringkat seterusnya.

3. TAHFIZ :
Pelajar yang telah lulus imtihan mokhtar khatam 8 surah, akan dibenarkan untuk masuk ke KATEGORI TAHFIZ. Pelajar boleh memulakan hafazan mengikut juzuk. Kelas dibahagikan kepada 8 kelas dan setiap kelas mempunyai 15 – 16 orang pelajar

  • 2 Kelas Nazirah
  • 6 Kelas Tahfiz

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar mensasarkan program tahfiz kepada semua pelajar yang layak menghafaz. Mereka diberi pendedahan dengan ilmu tajwid dan membetulkan bacaan didalam Kelas Nazirah sekurang-kurangnya 5 bulan sebelum layak menghafaz. Pelbagai kriteria menjadi ukuran sebelum pelajar memasuki kelas tahfiz.

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar meletakkan tempoh tiga tahun bagi setiap pelajar mulai dari hari pertama masuk ke Kelas Tahfiz untuk menghafaz 30 Juzuk Al-Quran dengan sasaran setahun 10 Juzuk.

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar sedang berusaha mencapai visi & misi untuk melahirkan huffaz yang alim. Kami sangat komited untuk meneruskan kesinambungan orang-orang yang telah berjasa membangunkannya kearah membina sebuah madrasah masyarakat iaitu tempat belajar untuk semua peringkat umur. Semoga lebih ramai umat islam tampil untuk bersama-sama kami merealisasikannya.

APA YANG KAMI TAWARKAN?

  • Pembelajaran tahfiz sepenuh masa
  • Suasana pembelajaran yang kondusif, santai & fleksibel
  • Pengajian asas jawi & bahasa arab
  • Pengajian asas fardhu ain
  • Program cuti sekolah & pengajian dewasa

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PELAJAR:

  • Mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi huffaz
  • Boleh mengikut peraturan dan sistem pembelajaran tahfiz
  • Mempunyai asas 3m iaitu membaca, mengira & menulis
  • Mampu membaca al-quran dengan baik
  • Berumur di antara 10 hingga 17 tahun
  • Mampu berdikari & lulus temuduga
  • Lelaki

YURAN BULANAN ADALAH RM300.00
(TERMASUK MAKAN MINUM, ASRAMA & YURAN PENGAJIAN)
YURAN PENDAFTARAN RM250.00 (SEKALI SAHAJA)