Pendidikan

Sekolah Rendah2017-07-23T22:22:06+00:00

Sekolah Rendah

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar juga berhasrat mewujudkan asrama dan Program Tahfiz Cilik bagi pelajar sekolah rendah. Dalam perancangan ini, pelajar sekolah rendah dalam lingkungan umur 10-12 tahun akan mengambil subjek Tahfiz tanpa meninggalkan sekolah rendah dan sijil UPSR. Mereka akan disediakan asrama dan pergi ke sekolah harian seperti biasa.

Setelah pulang, mereka akan diberi Pendidikan Agama dan tahfiz oleh guru di Madrasah. Ini bagi memastikan, anak-anak ini tidak keciciran dalam bidang akademik selain memberi penekanan dalam pembinaan Akhlaq dan jati diri seorang pelajar.