PROJEK WAKAF BANGUNAN TIGA TINGKAT MADRASAH TAHFIZ AL-JAUHAR

Assalamualaikum. Tuan Puan para dermawan.

Kami sedang membangunkan sebuah bangunan baru untuk Madrasah Tahfiz Al-Jauhar ( MTAJ ) Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor.
Berdaftar dgn Jabatan Agama Johor : MTS/KT003

Alhamdulillah..kerja-kerja awal meratakan tanah, membuat laluan masuk ke tapak projek, menanam cerucuk, dan konkrit telah pun sempurna dengan kos hampir RM300,000.00

Kini kami akan meneruskan projek pembinaan di fasa seterusnya bagi menyempurnakan pembinaan bahagian bawah seterusnya tingkat 1, 2 dan 3.

Bangunan ini akan memberi manfaat untuk 200 orang pelajar tahfiz dan akademik dalam satu masa apabila ia siap nanti. Ia akan menempatkan 6 bilik darjah yg boleh dijadikan dewan tertutup, 1 dewan terbuka, 1perpustakaan, 1 makmal komputer, dan 3 unit kuaters guru.

Oleh itu, para dermawan dijemput untuk bersama-sama kami dalam usaha menyiapkan bangunan ini. Kita sedang mengumpulkan dana tambahan.

Waqaf, infaq, dan sumbangan samada dalam bentuk kewangan atau barangan material seperti simen, batu bata , bantuan jentera seperti Kren, JCB dll amat di alu-alukan.

Kalau hanya dengan kekuatan kami Lembaga Pengurusan MTAJ, ia amat mustahil. Tetapi dengan kekuatan kita semua umat islam, ia begitu mudah direalisasikan.

Jemputlah datang melawat sambil berikhtiar membantu samada dengan menghulurkan sumbangan atau memanjangkan berita kepada rakan-rakan kita yang mampu.

Ini bukan lah mengemis atau meminta-minta, cuma peluang yang diberikan untuk bersama-sama mendapat saham yang berpanjangan.

Kami doakan, semua para dermawan dimudahkan urusan dunia dan akhirat, dimewahkan rezeki, dan ditambah keimanan dan ilmu serta diberi zuriat yang soleh dan solehah dan juga amalan yang bermanfaat hingga hari kiamat.

Sumbangan atau infaq boleh disalurkan ke akaun :

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar
Maybank
551070412771

Atau

Pertubuhan Tahfiz Al-Jauhar
Maybank
551070011024

Maklumat lanjut :
Madrasah Tahfiz Al-Jauhar
Lot 1512, Lorong Ampang, Kampung Lukut, 81900 Kota Tinggi, Johor.

078801413
0137303132 Pejabat
0197111164   Pengerusi
0197147202 Bendahari
0192441406 Pengetua

2018-04-19T21:39:52+00:00