Kiriman Korban Ke Kemboja bagi Tahun 2018

Kiriman Korban Ke Kemboja bagi Tahun 2018

Assalamualaikum.
Kiriman Korban Ke Kemboja bagi tahun 2018
 
Mengapa di Kemboja walaupun orang Malaysia ramai lagi susah?
 
Kami di Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kampung Lukut, Kota Tinggi telah saban tahun menganjurkan program ini. Kami tahu mengenai adanya orang miskin di Malaysia, namun, insyaAllah…Malaysia secara Amnya di jaga oleh pemerintah islam . InsyaAllah orang islam walaupun kita rasa banyak kekurangan, namun kita tidak tertindas.
 
Bagi orang islam di Kemboja, mereka adalah minoriti dan ia bukan sekadar misi kemanusiaan atau ibadah korban, tapi lebih juga kepada misi Aqidah apabila kami mengunjungi mereka sambil membawa mesej islam disamping menunjukkan cara hidup islam dari sudut ibadah dan kehidupan harian hingga membina ekonomi. Kami yakin suatu masa nanti mereka juga akan berjaya seperti kita. Banyak dari mereka hidup susah, rumah tanpa tandas, anak2 hidup tanpa air bersih dsbnya.
 
Anda boleh menyertai kami untuk bersama dalam misi ini atau mengirim korban anda untuk tahun ini. InsyaAllah semua sembelihan ini akan memberi manfaat kepada orang fakir dan miskin..
 
1. Bagi yang ingin ikut serta,
 
Yuran RM2000/seorang.
All in.
Flight , penginapan, pengangkutan dan makan minum. Tujuh hari perjalanan.
19 Hingga 25 Ogos 2018
Malaysia – Kemboja – Vietnam
Pengalaman yang hebat kami janjikan untuk anda. Memang Awsome…
 
2. Ibadah korban
 
Lembu satu Bahagian RM350.00
Lembu seekor RM2,450.00
Kambing seekor RM750.00
Termasuk upah pengurusan.
 
3. Aqiqah dan Kenduri Aqiqah
 
Seekor kambing RM750.00 siap kenduri. Kami akan menjamu penduduk kampung terpilih.
 
4. Infaq atau Waqaf perigi
 
Sebuah perigi RM1500. Kami mengalu2kan perigi ini bagi membantu sumber air bersih. Untuk makluman, kami membawa perigi ini ke tempat2 yang jauh ke pedalaman. Yang sangat banyak surau masjid dan rumah orang islam tiada air bersih. Ada sesetengah perigi memerlukan kos hingga RM3000.00 disebabkan faktor jauh ke pedalaman.
 
5. Infaq barangan makanan
 
Kami turut membuat kunjungan ziarah ke rumah2 fakir miskin sambil membawa daging korban, disertakan juga bahan asas untuk memasak. Satu keluarga RM30.00
 
6. Sadaqah Am
 
Kami sumbangkan kepada pengurusan masjid dan surau, meraikan permintaan org sakit dsbnya. Terserah berapa yang anda ingin membantu.
 
Semua bayaran hendaklah di masukkan ke akaun atau cek berpalang atas nama
 
Pertubuhan Tahfiz Al-Jauhar
551070011024 Maybank
 
Hubungi kami
 
078801413 Pejabat
0137303132 Hp Pejabat
0192441406 Ust Afdhal
0197147202 Hj Fahmi
0197111164 Cikgu Nidi
2018-06-28T15:52:22+00:00