Kem Smart Solah adalah program yang telah dijalankan sejak penubuhan Madrasah Tahfiz Al-Jauhar. Ia memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang bukan dari aliran tahfiz untuk merasai suasana pembelajaran di madrasah. Program ini dianjurkan hamper setiap tahun pada setiap cuti sekolah yang panjang.

Ia terbuka kepada semua pelajar lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 9-17 Tahun. Kebiasaan program ini, pelajar atau peserta akan tinggal di madrasah selama seminggu. Kehidupan pelajar Tahfiz akan ditetapkan kepada peserta.

Setiap peserta akan dipantau dari asas bacaan solah, menghafal makna bacaan solah sehingga kepada teknik hafazan. Mereka turut berpeluang menghafal surah-surah terpilih. Selain program Hafalan, pelajar akan turut didedahkan dengan Program Motivasi Kecemerlangan, Pembinaan Jati Diri, LDK dan sebagainya.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat dari program ini.
Pendaftaran boleh dibuat secara onlinre atau download boring disini!!!

Download : Borang Pendaftaran Pelajar Kem Smart Solah