Pendidikan

Bahasa Arab2017-07-23T22:22:07+00:00

Bahasa Arab

Ilmu Bahasa Arab adalah medium penting bagi melahirkan seorang Huffaz yang bukan sahaja menghafal tetapi memahami dan boleh mentadabbur isi Al-Quran. Oleh itu, Madrasah Tahfiz Al-Jauhar mewajibkan anak-anak mempelajari Ilmu Bahasa Arab samada secara asas ataupun mendalam.

Silibus pembelajaran Bahasa Arab di Madrasah Tahfiz Al-Jauhar telah dilaksanakan dengan kerjasama sebuah Kolej Bahasa Arab di Mesir iaitu Kalimah Center. Dengan kerjasama ini, anak-anak Madrasah Tahfiz Al-Jauhar disediakan modul lengkap pembelajaran Bahasa Arab dan diajar secara terus oleh guru berbangsa arab yang didatangkan khas dari negara Mesir.

Program pembelajaran Bahasa Arab ini menawarkan peluang menyambung pelajaran dalam bidang bahasa di Mesir.