Kembara Qurban dan Aqiqah Kemboja 2018

Kembara Qurban dan Aqiqah Kemboja 2018

KEMBOJA: Pada 20 Ogos 2018 sehingga 27 Ogos 2018, Kumpulan Kembara Qurban Kemboja Madrasah Tahfiz Al-Jauhar telah melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah di negara Kemboja. Trip kembara kali ini telah berlangsung selama 8 hari iaitu 5 hari di Kemboja dan 3 Hari di Vietnam.

Seramai 22 orang peserta menyertai misi kembara kali ini. Kutipan sebanyak USD 100,000.00 (RM 410,317.00) telah berjaya dikumpul daripada sumbangan orang Islam di Malaysia.

Kembara Qurban dan Aqiqah telah dilaksanakan di lima buah kampung terpilih di kawasan pedalaman Stung Treng yang hanya boleh diakses menggunakan kenderaan tertentu seperti motorsikal, Kubota dan lori. Hal ini kerana keadaan jalan tanah yang berlopak dan berlumpur. Jarak masa perjalanan daripada Phnom Penh ke Stung Treng ialah lapan jam.

Alhamdulillah dengan semangat dan azam yang tinggi daripada setiap peserta misi kembara kali ini dapat di selesaikan dengan berjaya dan cemerlang. Semoga misi ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan sokongan dan dorongan orang Islam di seluruh Malaysia.

 

Hari Pertama

Hari Kedua

Hari Ketiga

Hari Keempat

Hari Kelima

Hari Keenam

Hari Ketujuh

Hari Kelapan

2018-09-17T09:21:49+00:00