Kempen Kembara Qurban & Aqiqah 2017

Kempen Kembara Qurban & Aqiqah 2017

Alhamdulillah…

Kempen Program Qurban Aidiladha di Kemboja 1438H / 2017M telah dilancarkan.
Mari bersama kami samada menjadi sebahagian dari ahli rombongan atau sebagai pengirim qurban.

*Siapakah yang patut mengikuti rombongan ini?*

Mereka yang ingin mengambil pengajaran dan menginsafi kehidupan orang-orang miskin. Berhari raya di tempat orang sambil melakukan ibadah qurban. Yang pasti, ia suatu pengalaman dan memori yang sangat indah.
Kirim lah bahagian-bahagian qurban anda kepada kami untuk dilaksanakan di kemboja ini.

*Mengapa di kemboja?*

Kerana orang-orang miskin kemboja yang sangat miskin ini tidak pernah makan daging kecuali pada hari raya qurban. Itupun jika ada yang menyembelih qurban ditempat mereka.
Kesusahan mereka memerlukan pembelaan dan ia adalah suatu misi dakwah.

*Tahun lepas dah buat, tahun ini nak berehat…*

Subhanallah, ini adalah suatu tuntutan ibadah sunnah muakkad. Suatu yang sangat dituntut. Jangan pernah niat untuk rehat dari ibadah. Adalah suatu keaiban jika tiada satu pun bahagian qurban dari sebuah rumah orang islam yang mampu.

InsyaAllah, kami dari team Madrasah Tahfiz Al-Jauhar ( MTAJ ) akan melaksanakan sembelihan ini dan memastikan pengagihannya kepada semua mereka yang layak di tempat sembelihan dilaksanakan. Kami akan memastikannya sendiri tanpa mewakilkan kepada sesiapa.

Maklumat dan gambar sembelihan akan dikirimkan kepada pengirim-pengrim qurban, akikah dan waqaf.
Turut dibuka peluang berwaqaf seperti waqaf perigi, yang mana dengan waqaf ini, muslimin muslimat akan memberi sumber air bersih kepada penduduk miskin yang masih menjadikan air parit sebagai sumber air dalam kehidupan. Dan menyedihkan, air parit ini bukan air yang bersih. Namun hanya itu pilihan mereka.
Selain itu, aqiqah, infaq untuk madrasah, surau dan masjid turut dialukan2.

*Tarikh tutup?*

Untuk kiriman qurban, akikah dan waqaf tarikh akhir penyertaan 28 Ogos 2017. Ia bagi memudahkan urusan tukaran wang dari RM ke USD.

Lanjutkan pertanyaan kepada :
Ustaz Afdhal 0192441406
Cikgu Nidi 0197111164
Hj Fahmi 0197147202

Atau WhatsApp di link berikut :
http://www.wasap.my/60192441406
http://www.wasap.my/60197147202
http://www.wasap.my/60197111164

2017-07-10T09:16:42+00:00