Lebih 10 Tahun Penubuhan MTAJ

Maahad ini sudah barang tentu tidak dapat terbangun tanpa kerjasama yang padu, bantuan orang ramai, jabatan kerajaan, syarikat swasta atau orang perseorangan yang sentiasa membantu. Terima kasih

Sejarah MTAJ

Maahad Tahfiz Al-Jauhar telah ditubuhkan pada 06 Jun 2011 hasil perbincangan dan kesungguhan beberapa orang penaja Maahad ini dan telah mempertemukan dengan Tuan Haji Sheikh Fahmi bin Hj Kassim yang telah menyampaikan hasrat almarhum ayahandanya untuk mewaqafkan tanah di Lot 1512, Kampung Lukut untuk dijadikan sebuah Maahad. Rentetan daripada itu, perbincangan demi perbincangan telah disepakati oleh wakil pewaqaf untuk mewaqafkan tanah ini kepada tiga orang pemegang amanah yang turut dibantu oleh suatu jawatankuasa yang disebut sebagai; Ahli Lembaga Jemaah Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Jauhar, dengan maksud untuk mendirikan sebuah Maahad dan diberi nama Maahad Tahfiz Al-Jauhar.

Pembangunan mula dijalankan diatas tanah ini dengan membangunkan asrama pelajar, dewan makan, surau dan kemudahan-kemudahan lain sehingga terbinanya Maahad ini seperti sekarang. Pengambilan pelajar turut melalui fasa demi fasa bermula dari tujuh orang pelajar perintis sehingga hari ini mencecah 150 orang pelajar. Pada 01-01-2013 mesyuarat Pemegang Amanah setelah berpuas hati dengan perkembangan Maahad ini dari sudut pengambilan pelajar, pengurusan dan pentadbiran serta urusan pembangunan dan insrastruktur, memulakan proses pendaftaran Maahad ini dengan Bahagian Pendidikan Agama, Jabatan Agama Islam, Johor.

Maahad ini kini berada dalam landasannya di bawah pimpinan Mudir baru mulai 2016 Ustaz Mohammad Afdhaluddin bin Ismail untuk terus membawa halatuju Maahad sebagai tempat melahirkan para hafiz yang bertaqwa dan akan berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara. Maahad ini sudah barang tentu tidak dapat terbangun tanpa kerjasama yang padu, bantuan orang ramai, jabatan kerajaan, syarikat swasta atau orang perseorangan yang sentiasa membantu samada dalam bentuk sokongan moral atau kewangan. Semoga dengan jariah yang dilakukan oleh semua yang telah terlibat atau akan terlibat dalam membangunkan Maahad ini akan mendapat pengampunan Allah serta keredhaanNya.

drone mtaj madrasah

Pendidikan tahfiz unggul, berkesan

Bilangan Terkini Pelajar MTAJ Sesi 2023
Pelajar Fast Track (SPM)
Pelajar Tahfiz Banin (lelaki)
Pelajar Tahfiz Banat (Perempuan)

Penyelarasan, pembangunan, penaziran, pemantapan dan pemerkasaan urus tadbir institusi tahfiz perlulah mengambil kira Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peraturan sedia ada agar menjadi model pendidikan yang unggul dan berkesan.

keluarga madrasah tahfiz al jauhar 2023
tahfiz khatam madrasah mekah quran

Ucapan Pengetua MTAJ

Adalah suatu kegembiraan apabila kita semua dapat bersama-sama di dalam menjayakan sebuah maahad. Tahfiz yang berfungsi sebagai sebuah maahad kehidupan. Disini, semua pelajar diberikan tunjuk ajar dan didikan untuk mengenal Allah dan Rasul serta membudayakan Akhlak dan Adab yang sangat tinggi bagi menjadi seorang huffaz yang bakal memberi manfaat besar pada ummah. Maahad Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ) sebuah maahad kecil dari ribuan maahad di negara ini. Tetapi MTAJ mempunyai cita-cita yang sangat besar hingga melangkaui kepentingan duniawi. Begitu ramai orang-orang yang telah berjasa kepada pembangunan dan perjalanan MTAJ sehingga berjaya meletakkan MTAJ di landasannya seperti hari ini. Semoga Allah membalasnya dengan jutaan kali ganda kebaikan di dunia dan akhirat.
Marilah terus bersama MTAJ untuk menjadi sebahagian daripada penyedia para penghafal Al-Quran.

USTAZ MOHAMMAD AFDHALUDDIN BIN ISMAIL

Pengetua Maahad Tahfiz Al-Jauhar

 

Carta Organisasi MTAJ
carta organisasi mtaj
Sijil Pendaftaran MTAJ
Pencapaian & Pengiktirafan  MTAJ

Anggaran Perbelanjaan Bulanan MTAJ

Maahad Tahfiz Al-Jauhar menampung kos operasi yang agak besar setiap bulan sekitar RM100,278.00.

Ini adalah keperluan bagi memastikan operasi MTAJ dalam melahirkan huffaz cemerlang dapat berjalan dengan baik.

Perlukan Bantuan?

Untuk membantu anda dengan lebih baik & pantas, hubungi kami dengan menekan butang Whatsapp di bawah